Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan sekalian alam dan isinya.
Aku terlalu rindu akan kisah
Hujan, Sekaki Payung dan Secangkir Kopi
awal malam itu
Mohon doaku Ya Allah, moga Engkau perkenankan keajaiban, kembalikan dia dan kisah manis ini kepadaku.
Aku terlalu rindu akannya.
Monday, August 17, 2015
Tuesday, July 28, 2015
Catatan Rasa
Kebelakangan ini
jiwa jarang dapat tenang hati
saya sentiasa fikirkan akan kesudahan kisah ini
bila perjalanan kisah harian mula berubah, mula semakin sepi,
saya takut andai kali ini saya bakal mati lagi
dahulu saya pernah sekali, dibunuh mati.
jiwa jarang dapat tenang hati
saya sentiasa fikirkan akan kesudahan kisah ini
bila perjalanan kisah harian mula berubah, mula semakin sepi,
saya takut andai kali ini saya bakal mati lagi
dahulu saya pernah sekali, dibunuh mati.
Thursday, June 25, 2015
Ini Aku
Aku ingin jadi baik dan terbaik
namun aku mungkin belum cukup baik
namunaku punya cita yang tinggi
seiring hujan, sekaki payung dan secawan kopi.
namun aku mungkin belum cukup baik
namunaku punya cita yang tinggi
seiring hujan, sekaki payung dan secawan kopi.
Tuesday, June 23, 2015
Sunday, June 21, 2015
Wednesday, May 27, 2015
Dikir Kasih
Dikir Buat Lyn (klik)
KASIH – DIE BUANA
KASIH – DIE BUANA
Hanyalah Tuhan yang Maha Mengerti
Kasihku padamu kasih yang sejati
Berbau rindu seharum kasturi
Tiada selainmu duhai Asmarani
Dengarlah kasih hatiku berbicara
Dinginnya malam tidurku tak lena
Ku dakap potret bervbisik hati nan lara
Tercipta manis kata dikau teristimewa
Sesungguhnya aku amat mengasihi
Seindah namamu ku sematkan di hati
Engkau yang memiliki peribadi terpuji
Harapan bersama denganmu menggunung
tinggi
Sesetia ombak menjamah pantainya
Setiaku di sini tak tertanding nilainya
Percayalah kasih dikau insan tercinta
Pertama dan terakhir malah untuk
selamanya
Bersamalah kasih panjatkan kesyukuran
Pada Ilahi yang telah menemukan
Cincin di jari manismu itu tanda ikatan
Terpaterilah janji semoga berkekalanSekaki Payung, Secawan Kopi
Tiap hujan kisah manis saya kenang
manis kisah di Tanjung Malim
yang tertulis satu senja hingga malam
masih hijau dalam catatan, manis senyum ikhlas penuh kasih
dalam kisah aku, dia, sekaki payung dan secawan kopi
Saya terlalu rindukan tulisan kisah itu.
Mohon Ya Rabb, berilah hamba kesempatan bersama dia, sekaki payung dan secawan kopi dalam kembara hayat ini.
manis kisah di Tanjung Malim
yang tertulis satu senja hingga malam
masih hijau dalam catatan, manis senyum ikhlas penuh kasih
dalam kisah aku, dia, sekaki payung dan secawan kopi
Saya terlalu rindukan tulisan kisah itu.
Mohon Ya Rabb, berilah hamba kesempatan bersama dia, sekaki payung dan secawan kopi dalam kembara hayat ini.
Tuesday, May 26, 2015
Catatan Satu Kisah
Undur Kisah Ke Masa Manis
Pertemuan demi pertemuan
Pertemuan demi pertemuan
Kita lebih mesra dan akrab
Kantung rindu kian memberat
Basah tanah rasa
Maka tumbuh pohon cinta
Saya simpan dahulu, waktu kenal masih muda
Masihkah Lyn ingat
Waktu itu kita di gazebo sebuah kedai makan
Di antara hidangan biasa
Di celahan kita bercerita
Lyn tunjukkan keputusan permohonan yang Lyn minta
Jiwa saya diam tidak terkata
Mujur lidah ucap tahniah semerta
Sejak itu jiwa saya mula hiba
Kenangkan Lyn bakal jauh dari mata
Namun itu yang Lyn minta
Patutnya saya tumpang gembira
Doa saya, moga hujungnya kita bersama bahagia
Monday, May 18, 2015
Hari Guru
16 Mei
teks ucap selamat
saya terima gembira sangat
yang saya tunggu lama amat
Terlalu ingin saya panjang cerita
agar kembali mesra
seperti sedia kala
tapi perlu saya tahan jiwa
bimbang Lyn tidak gembira
Dasar tasik hati hanya Tuhan yang tahu
saya terlalu rindu
dan saya masih menunggu
walau dalam bisu
Selamat Hari Guru, Teacher Lyn
teks ucap selamat
saya terima gembira sangat
yang saya tunggu lama amat
Terlalu ingin saya panjang cerita
agar kembali mesra
seperti sedia kala
tapi perlu saya tahan jiwa
bimbang Lyn tidak gembira
Dasar tasik hati hanya Tuhan yang tahu
saya terlalu rindu
dan saya masih menunggu
walau dalam bisu
Selamat Hari Guru, Teacher Lyn
Monday, May 11, 2015
Aku Damba Kisah ini
Saat Ali hampir mengalah
Takdir Tuhan tidak berubah
Cinta yang suci tidakkan terbelah
Hanya kuasa dan ketetapan Allah.
Moga Allah satukan aku dan dia, Az Zahraku
Sunday, May 10, 2015
Bagaimana???
Bagaimana lagi harus saya nyatakan
Apa lagi perlu saya usahakan
Menyatakan kasih menegaskan hasrat
Menyelimuti Lyn dengan tulus sayang
Bawah payung syara'i tuntutan Nabi.
Aku Lupa
Aku leka terbang
aku terbang terlalu tinggi
tapi aku lupa
rupanya aku terbang seorang diri
sudah terlambat kini
hati sudah aku pateri
pada teguh tiang hakiki
ku pasak utuh di laman Lyn
Masih
9 Mei tarikh ulang tahun lahirnya cinta ke dunia
kini walau tahu di mana
lepaskan rindu tiada bisa
tapi tidak mengapa
saya masih biasa
menunggu Lyn membalas cinta
kini walau tahu di mana
lepaskan rindu tiada bisa
tapi tidak mengapa
saya masih biasa
menunggu Lyn membalas cinta
Tuesday, April 28, 2015
Masih
Saya diam
saya menanti
saya simpan
kasih penuh di hati
Mungkin dia tidak tahu
atau buat tidak tahu
saya setia menunggu
Mohon saya padaNya, Rabb
biarlah kami kan jadi satu.
saya menanti
saya simpan
kasih penuh di hati
Mungkin dia tidak tahu
atau buat tidak tahu
saya setia menunggu
Mohon saya padaNya, Rabb
biarlah kami kan jadi satu.
Tuesday, April 21, 2015
Thursday, April 16, 2015
Wednesday, April 1, 2015
Monday, March 30, 2015
Menanti
Jangan sinis dan marahkan saya kerana saya memilih untuk terus menanti dan menunggu Lyn, setelah saya tulis usaha. Catatan Luh Mahfuz tiada siapa tahu. Mana tahu ada tercatat di sana kami 'satu' di masa hadapan.
Tuesday, March 24, 2015
Aku Rindu kisah Itu
Terlalu rindu akan ranum kisah hujan, secangkir kopi dan sekaki payung di Tanjung Malim.
Ada rindu dan cinta dalam setiap titis hujan, kian banyak dan sentiasa ada.
Saturday, March 7, 2015
Kisahku padaNya
Setiap usai solatku
Ku kisahkan kepadaNya tentang ini
Dan aku ingin jua ceritakan di sini
Betapa aku terlalu rindukan dia
Ya Rabb
Thursday, March 5, 2015
Kabus
Kabus rindu kian menebal
penuh, luas dan putih berpintal-pintal
sukar lagi disangkal
mungkin kudrat marhainku layak sejengkal
tapi hasrat tidak terjangka akal
Hari ini
pasrah bertunjang harap melangit
redha menanti pedulikan sakit
Doa dan harap
istiqomah ku panjat
padaMu Ya Rabb
5 Mac 2015
Wednesday, March 4, 2015
Lelaki dan Laut Rindu
Saya rindu tunggang laju motor kapcai saya ke bandar, biarpun dua atau tiga kali sehari
saya rindu tunggang motor kapcai saya membelah kabus subuh biarpun dingin bagai nak beku
saya rindu bunyi 'keting' dari corong bunyi telefon bimbit saya, saya capai dan saya senyum lapang ikhlas
saya rindu menyentuh skrin telefon menitip cerita buat dia
saya rindu mendengar cerita kucing
saya rindu mendengar syor dan nasihat sihat badan
saya rindu bukit Padang Tembak
saya rindu senyum manis dengan lawak natural
saya rindu dikit dekah ketawa ihklas
saya rindu masam di wajah tatkala tidak capai apa diharap
saya rindu membina sedikit semangat buat dia
saya rindu lihat susunan tulang ikan tongkol keliling pinggan
saya rindu nyanyi lagu tanpa muzik di corong telefon walau sumbangnya sudah tentu
saya amat rindu panggilan 'dear'
saya rindu 'mengutis' stereng kereta
saya rindu bunyi mendecet daripada enjin kereta biru
saya rindu karipap pemberiannya
saya rindu banyak lagi tentang dia
saya amat rindu semua tentang Lyn
Kini saya terkapai bisu lemas dalam laut rindu.
Monday, February 16, 2015
Pantun Lupa Diri
Jangan tebang pokok celagi,
Bimbang jatuh menimpa titi;
Jangan terbang terlalu tinggi,
Jika jatuh khuatir kan mati.
Saya sudah di awan tinggi,
Turun rendah tidak sekali;
Bukan mudah terbang begini,
Terlambat sudah mengawal hati.
Sunday, February 15, 2015
Saturday, February 14, 2015
Kalau...
Kalau merpati tak ingkar janji
Walau di mana tenang di hati
Terikat kejap tersimpul mati
Apa mendatang sedia hadapi
Namun ingkar tidak sekali
Walau di mana tenang di hati
Terikat kejap tersimpul mati
Apa mendatang sedia hadapi
Namun ingkar tidak sekali
Friday, February 13, 2015
Sabar Dalam Rindu
Harap saya sabar ini
Hasilnya indah syurgawi
Insan idaman kan ku miliki
Bersama kembara dalam hayat ini
Untukku beri kasih hakiki
Agar hidup penuh warna-warni
Sejati
Bukan hanya mimpi
Hasilnya indah syurgawi
Insan idaman kan ku miliki
Bersama kembara dalam hayat ini
Untukku beri kasih hakiki
Agar hidup penuh warna-warni
Sejati
Bukan hanya mimpi
Wednesday, February 11, 2015
Senyum
Thursday, February 5, 2015
Bukan Kerana Nama
Sebuah lagu yang indah melodi dan berisi makna murni senikatanya daripada Papa Rock Tanah Air, Ramli Sarip.
BUKAN KERANA NAMA
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
Monday, February 2, 2015
Banyak Cerita
Banyak kisah membelit lewat waktu ini
agak sukar untuk dikongsi
kerana ia kisah hati
kisah hati yang rasa seperti sunyi
agak sukar untuk dikongsi
kerana ia kisah hati
kisah hati yang rasa seperti sunyi
Subscribe to:
Posts (Atom)