Monday, October 21, 2013

Akar

Pokok itu, daun itu, batang itu, dahan itu, ranting itu,..
semuanya buat-buat bugar..segarsubur...kulit kononnya subur berkilat...
walhal akarnya sudah sedia buruk dan rosak..
busuk dan membusuk..

Wednesday, October 9, 2013

Aku Mahu Pulang (menunggu kepulangan)

Gelap malam pasti terang
Sang mentari pasti datang
Kesesatan perjalanan
Rahmat tuhan menentukan

Berikanku masa mencuci dosa
Akukan pulang menebus usia
Dimusim berlalu sepi memburu
Memaksa perindu meruntuhkan nafsu
Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan menjadi pegangan
Menjadi buruan

Terimalah kembali wajah ini
Jangan terus membenci sampai mati
Sedang hari berganti kau mengerti
Sedang masa berganda kau merasa

Aku manusia pelakon cerita
Di pementasan alam ciptaanNya
Bukan sengaja melanggar arahan
Kadang terlupa watak dan peranan
Aku manusia

Gelap malam pasti terang
Sang mentari pasti datang
Kesesatan perjalanan
Rahmat tuhan menentukan

Sebuah lagu kegemaran saya...banyak cerita terkisah dalam serakdayu Bandi mengalun lagu ini..kisah sukaketawa, kisah rindubahagia, kisah sakitkecewa...

Tuesday, October 1, 2013

Bengang pada baghal yang bangang

Pernah rasa begini..?
buat  seperti tidak perlu buat..
faham..?
saya pun tidak faham...

Tuesday, July 2, 2013

Terbalik

Saya tidak faham, pagi rasa mengantuk,  malam saya berjaga...

Oh Tong Sampah

Tong sampah hari ini bukan lagi diisi dengan barangan buangan
tapi juga dengan nilai penghargaan....

Saturday, April 20, 2013

Teka-teki sebagai karya sastera

oleh RAHMAN SHAARI
3/6/2011 7:52:21 AM
Saya ditanya saudara Abdul Ahmad, Ketua Satu Angkatan sasterawan Utara (AKSARA): Adakah teki-teki merupakan karya sastera? Saya tahu, Abdul bertanya sekadar untuk pengesahan. Dia tahu teka-teki memang karya sastera.
Kami bercakap agak panjang tentang teka-teki. Kesimpulannya, sama seperti sajak, pantun, skrip drama dan lain-lain, terdapat teka-teki yang tinggi mutunya, sederhana dan langsung tidak bermutu. Hal ini kerana karya sastera bergantung pada kematangan dan keahlian.
Saya teringat teka-teki dalam mitos Sang Oedipus. Ia dikemukakan oleh Sphinx dan Oedipus dapat menjawabnya. Tanya Sphinx: Which animal has four feet in the morning, two at the midday, and three in the evening? (Binatang apakah yang ada empat kaki pada waktu pagi, dua kaki pada tengah hari, dan tiga kaki waktu petang?) Jawapannya ialah manusia, kerana manusia merangkak semasa kecil, berjalan dengan dua kaki semasa dewasa, dan memakai tongkat ketika tua. Teka-teki itu menjadi amat popular kemudiannya.
Sekarang, marilah kita bermain teka-teki. Saya tidak meletakkan ia bermutu tinggi, sederhana atau rendah. Itu terpulang kepada khalayak sekalian. Pertama, saya kemukakan teka-teki tentang tema ‘ramai yang datang’.
Dalam satu pilihan raya kecil, di satu tempat mengundi (bukan Merlimau), amat ramai orang datang, tidak berhenti. Apabila tiba masa mengira undi, didapati tiada parti mendapat undi. Pihak kerajaan mendapat kosong, dan pembangkang pun begitu. Mengapakah keputusannya demikian?
Tidaklah dapat diagak soalan di atas mudah dijawab, atau sebaliknya. Jika orang datang dari pagi hingga ke petang, mengapakah undi kedua-dua pihak menjadi kosong? Jawapan untuk teka-teki itu terletak pada perkataan ‘tidak berhenti’. Mereka datang begitu ramai, tetapi tiada yang berhenti untuk mengundi. Jadi kedua-dua pihak mendapat kosong.
Teka-teki ialah seni, oleh itu termasuk dalam kategori sastera. Seperti karya sastera bersifat cereka, teka-teki ada suspens. Jawapannya yang diagak-agak itu adalah suspens. Frasa ‘tidak berhenti’ dalam konteks di atas, beranjak daripada makna ‘berterusan bertali arus’, menjadi ‘benar-benar tidak berhenti (untuk mengundi)’. lompat dalam parti.
Saya kemukakan satu lagi soalan. Semua orang tahu bahawa kambing kecil, manakala lembu besar. Bayangkan lembu dan kambing di padang. Berapa ekor kambing dewasakah sama besar dengan lembu dewasa?
Soalan ini saya berikan kepada pelajar-pelajar, dan salah seorang daripada mereka mengagak, mengatakan tiga ekor kambing sama besar dengan seekor lembu. Dia yakin, lalu saya meminta dia mencari ketiga-tiga ekor kambing sebesar lembu itu. Dia gagal mendapatkan walaupun seekor!
Permainan akal dalam teka-teka di atas bertolak daripada dua makna, iaitu berapa ekor kambing (jika dicampur) menjadi sama besar dengan seekor lembu. Makna yang dimaksudkan ialah berapa ekor kambing dalam dunia ini yang besar-besar hingga saiznya sama dengan lembu.
Teka-teki ialah kesenian berbahasa menekankan makna berubah. Sebagai contoh, jika orang menyebut ‘tauke ekor’, orang berfikir tentang judi, padahal tauke ekor boleh membawa makna pembekal ekor lembu untuk restoran. Perbuatan ‘turun bas’ selalu membawa makna turun ke tanah, iaitu keluar dari bas, tetapi turun bas juga boleh membawa makna turun dari tingkat atas ke tingkat bawah (bas dua tingkat).
Jika seseorang mahu mahir dalam membina teka-teki, dia hendaklah selalu memerhatikan objek dan kejadian di sekelilingnya dengan tanggapan atau tafsiran dua makna. Sebagai contoh, cuba jawab soalan ini: “Mengapakah Ani menoleh apabila dipanggil oleh Ahmad?” Ada yang menjawab begini: “Ani menoleh kerana dia mendengar panggilan Ahmad.” Itu betul, dan agak lurus. Jawapan yang lebih menarik ialah “Ani menoleh kerana ketika itu Ani sedang melihat ke arah lain.” Seorang guru di Bandar Perda menjawab: “Ani menoleh kerana Ani hanya ada mata di bahagian depan!”

(Petikan daripada ruangan Kolumnis Sinar Harian, 8 Mac 2011)




****tulisan yang saya baca 3 tahun lalu, baru sekarang saya post di sini*****

Tiada tajuk

Lama tidak menulis
walau banyak kisah terlukis
ada gembira, biasa dan mengguris.....