Monday, February 16, 2015

Pantun Lupa Diri














Jangan tebang pokok celagi,
    Bimbang jatuh menimpa titi;
Jangan terbang terlalu tinggi,
    Jika jatuh khuatir kan mati.


Saya sudah di awan tinggi,
    Turun rendah tidak sekali;
Bukan mudah terbang begini,
    Terlambat sudah mengawal hati.

Sunday, February 15, 2015

Tetap Di Sini

Di sini
Simpuh kejap dalam istiqomah kasih
Pasak jiwa di lamanmu
Teguh dan sejati

Saturday, February 14, 2015

Kalau...

Kalau merpati tak ingkar janji
Walau di mana tenang di hati
Terikat kejap tersimpul mati
Apa mendatang sedia hadapi
Namun ingkar tidak sekali

Friday, February 13, 2015

Sabar Dalam Rindu

Harap saya sabar ini
Hasilnya indah syurgawi
Insan idaman kan ku miliki
Bersama kembara dalam hayat ini
Untukku beri kasih hakiki
Agar hidup penuh warna-warni
Sejati
Bukan hanya mimpi

Wednesday, February 11, 2015

Senyum



Senyum itu berwarna perit
Tatkala kekasih berubah sedikit

Tolonglah dia
Dari tulus jiwa
Kembalilah seperti sedia
Waktu detik bahagia
Biar sentiasa
Hingga hujung nyawa

Thursday, February 5, 2015

Bukan Kerana Nama

Sebuah lagu yang indah melodi dan berisi makna murni senikatanya daripada Papa Rock Tanah Air, Ramli Sarip.












BUKAN KERANA NAMA
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu   

Monday, February 2, 2015

Banyak Cerita

Banyak kisah membelit lewat waktu ini
agak sukar untuk dikongsi
kerana ia kisah hati
kisah hati yang rasa seperti sunyi