Sunday, November 30, 2014

Catatan Satu Kisah

KESEMBILAN

Langkau lagi cerita
Kali ini sama seperti pertama
Busana hitam itu di depan mata
Tidak tahu apakah makna

Wednesday, November 26, 2014

Sunday, November 23, 2014

Catatan Satu Kisah


KETUJUH












Pagi hening di kaki gunung kecil
Dalam sedikit dingin kita mendaki
Lyn selinap mata ke setiap sudut semak kanan kiri
Sepanjang jalan
Mengintai harap si hitam berdua mengiau di kaki lagi
Semalam mereka sambut dan iring kita mendaki
Begitu manja sekali
Namun bukan tertulis rezeki
Pagi itu mereka tidak kita temui

Dengan sedikit hampa Lyn terus mendaki
Tiba di atas ada pengganti
Yang menggembira dan menenangkan hati
Kita ucap syukur ikhlas dari hati
Puja kebesaran ciptaan Ilahi

Entah bila kita akan ke sini lagi
Payah sekali jika saya sendiri


Catatan Satu Kisah

KEENAM

Dulu aku memuji, kini aku 'memuja'.

Friday, November 21, 2014

Lupa atau ingin

Saya buat lagi
Saya terbang terlalu tinggi
Saya lupa diri
Jika jatuh ke bumi
Saya mungkin mati

Wednesday, November 19, 2014

Catatan Satu Kisah

KELIMA

Kali ini langkau kisah dahulu
Tiap kali bertemu
Ke mana kita tuju
Saya hanya menumpang kereta biru
Hingga saya sudah naik malu

Tuesday, November 18, 2014

Catatan Satu Kisah

KEEMPAT

Kali ini cerita makan
kita jelajah susur jalan
mencari kedai, restoran
yang punya citarasa kita berkenan
walau Lyn hendak jaga badan
namun sering dan tetap saya aju pelawaan

Nasi kerabu, nasi kukus, nasi berlauk, nasi dagang dan juga laksam
citarasa kita orang Kelate

Sebuah restoran tomyam
di pinggir jalan ke Kota
tempat itu yang Lyn suka
punya gazebo, lebih selesa
agak kerap kita ke sana
sate dan masakannya ada rasa
kena dengan selera kita yang sama

Lyn, bilakah kita hendak ke kedai merah kuning?
ulang semula hajat tidak kesampaian tempoh hari

Monday, November 17, 2014

Hujan













Resam alam
sejak dahulu
lewat November dan Disember
hujan mencurah membasah bumi, banjir
begitu jua jiwa waktu ini
banjirnya lebih dalam dan panjang berbanding bumi.

Sunday, November 16, 2014

Catatan Satu Kisah

KETIGA

Sejak pertemuan lalu
Saya mula sentiasa rindu
Ingatkan Lyn setiap waktu
Akal tua saya walaupun kekadang kelu
Tetap teroka alasan untuk bertemu

Tadah syukur kepada Tuhan Yang Esa
Lyn tidak menolak saya pelawa
Kini putik kian dibaja

Masihkah Lyn ingat kita berdua
Beberapa barangan kita teroka
Belon, riben dan gelung rotan juga
Hari itu kita menyusur banyak masa bersama
Begitu juga bicara kita
Kian berbuah  mesra

Tuesday, November 11, 2014

Catatan Satu Kisah

KEDUA

Masihkah Lyn ingat di tempat yang sama
Kali ini saya cipta alasan untuk berjumpa
Kali ini tujuan berbeda
Dengan pertemuan yang pertama

Temankan saya yang saya pinta
Untuk membeli makanan kesihatan jika tidak silap saya
Kali ini kita lebih mesra

Monday, November 10, 2014

Catatan Satu Kisah

PERTAMA

Di sebuah kedai besar warna jingga
Saya menunggu di tingkat atas jauh sedikit dari tangga
Tanpa rancang awal saya pinta jumpa
Bertuah saya bila Lyn pantulkan ‘iya’
Barangkali kita punya waktu lapang sama

Saya duduk di bangku
Tidak pesan apa-apa sambil menunggu
Menahan rasa gemuruh malu

Berbalas pesanan telefon di tangan
Seketika Lyn tiba dalam busana hitam
Lyn kata tidak mahu nampak tembam
Walhal BMI Lyn sepadan

Kita duduk berhadapan
Masih saya ingat walau saya segan
Saya pesan mi sepinggan
Lyn hanya minta teh o limau secawan
Tidak mahu makan kerana jaga badan

Terpegun pesona saya akan kecantikan
Akan wajah manis tersenyum di hadapan
Saya agak terbatas bicara jika Lyn perasan
Melawan gelodak terpegun dalam segan

Kita hanya berbual lebih kurang
Selepas itu masing-masing pulang.

Sunday, November 9, 2014

Hari ini

Waktu ini, satu kisah yang begitu sarat di jiwaminda
Waktu ini, makin resah berkepuk segenap rasa
Tapi bagaimana hendak mula bicara cerita

Wednesday, November 5, 2014

Mengusir Kenangan













Ku usirmu kenangan pahit pedih
ku simpan kenangan terpilih

Ku usirmu kisah yang sakit
ku dampingi kisah yang tidak sulit

Ku usirmu cerita luka
ku jejak cerita kisah bahagia

Ku usirmu pemberi derita
ku lindung jaga pemberi bahagia.

Monday, November 3, 2014

........

Sepuluh tahun rasa ini hilang daripada diri
kebelakangan ini ia hadir kembali
ruang sekian waktu itu mula terisi
dan bunga tumbuh, mekar kian wangi
wangi rindu sedari pagi hingga dinihari
moga Tuhan berkati

Sunday, November 2, 2014

Suka

Rasa suka tapi malas hendak ketawa
biar mereka rasa biar padan muka
baru dua hari sudah mengada-ngada
orang sudah jauh di depan senyap dan senyum sahaja
melihat tiada tamadun gelagat mereka
biarlah depa, kita tidak rugi apa-apa