Monday, November 10, 2014

Catatan Satu Kisah

PERTAMA

Di sebuah kedai besar warna jingga
Saya menunggu di tingkat atas jauh sedikit dari tangga
Tanpa rancang awal saya pinta jumpa
Bertuah saya bila Lyn pantulkan ‘iya’
Barangkali kita punya waktu lapang sama

Saya duduk di bangku
Tidak pesan apa-apa sambil menunggu
Menahan rasa gemuruh malu

Berbalas pesanan telefon di tangan
Seketika Lyn tiba dalam busana hitam
Lyn kata tidak mahu nampak tembam
Walhal BMI Lyn sepadan

Kita duduk berhadapan
Masih saya ingat walau saya segan
Saya pesan mi sepinggan
Lyn hanya minta teh o limau secawan
Tidak mahu makan kerana jaga badan

Terpegun pesona saya akan kecantikan
Akan wajah manis tersenyum di hadapan
Saya agak terbatas bicara jika Lyn perasan
Melawan gelodak terpegun dalam segan

Kita hanya berbual lebih kurang
Selepas itu masing-masing pulang.

2 comments: