Monday, March 30, 2015

Menanti

Jangan sinis dan marahkan saya kerana saya memilih untuk terus menanti dan menunggu Lyn, setelah saya tulis usaha. Catatan Luh Mahfuz  tiada siapa tahu. Mana tahu ada tercatat di sana kami 'satu' di masa hadapan.

Tuesday, March 24, 2015

Aku Rindu kisah Itu



Terlalu rindu akan ranum kisah hujan, secangkir kopi dan sekaki payung di Tanjung Malim.
Ada rindu dan cinta dalam setiap titis hujan, kian banyak dan sentiasa ada.

Saturday, March 7, 2015

Ku Pohon

Dalam bisu saya melangit harap
Perkenanlah
Mohonku padaMu Ya Rabb

Kisahku padaNya













Setiap usai solatku
Ku kisahkan kepadaNya tentang ini
Dan aku ingin jua ceritakan di sini
Betapa aku terlalu rindukan dia
Ya Rabb

Thursday, March 5, 2015

Kabus









Kabus rindu kian menebal
penuh, luas dan putih berpintal-pintal
sukar lagi disangkal
mungkin kudrat marhainku layak sejengkal
tapi hasrat tidak terjangka akal

Hari ini
pasrah bertunjang harap melangit
redha menanti pedulikan sakit

Doa dan harap
istiqomah ku panjat
padaMu Ya Rabb


5 Mac 2015

Wednesday, March 4, 2015

Lelaki dan Laut Rindu



Saya rindu tunggang laju motor kapcai saya ke bandar, biarpun dua atau tiga kali sehari
saya rindu tunggang motor kapcai saya membelah kabus subuh biarpun dingin bagai nak beku
saya rindu bunyi 'keting' dari corong bunyi telefon bimbit saya, saya capai dan saya senyum lapang ikhlas
saya rindu menyentuh skrin telefon menitip cerita buat dia
saya rindu mendengar cerita kucing
saya rindu mendengar syor dan nasihat sihat badan
saya rindu bukit Padang Tembak
saya rindu senyum manis dengan lawak natural
saya rindu dikit dekah ketawa ihklas
saya rindu masam di wajah tatkala tidak capai apa diharap
saya rindu membina sedikit semangat buat dia
saya rindu lihat susunan tulang ikan tongkol keliling pinggan
saya rindu nyanyi lagu tanpa muzik di corong telefon walau sumbangnya sudah tentu
saya amat rindu panggilan 'dear'
saya rindu 'mengutis' stereng kereta
saya rindu bunyi mendecet daripada enjin kereta biru
saya rindu karipap pemberiannya
saya rindu banyak lagi tentang dia
saya amat rindu semua tentang Lyn

Kini saya terkapai bisu lemas dalam laut rindu.



Saya suluhkan ke dindingnya
harap limpah terangi lamannya
namun....

Kini terpaksa saya suluh dalam kamar sendiri
Ia tidak pernah padam atau malap.

Biar ia terus bercahaya di sini, di celah bilah-bilah hari yang sepi.