Monday, April 28, 2014










Ingin aku berdendang walau suara tidak semerdu Usop, Siso dan Sani.


KEKASIH
Kopratasa


Akan ku pintal buih-buih
Menjadi tali mengikatmu
Akan ku anyam gelombang-gelombang
Menjadi hamparan ranjang tidur mu

Akan ku tenun awan gemawan
Menjadi selendang
Menudungi rambut mu
Akan ku jahit bayu gunung
Menjadi baju pakaian malam mu

Akan ku petik bintang timur
Menjadi kerongsang meyinari dada mu
Akan ku jolok bulan gerhana
Menjadi lampu menyuluh rindu mu
Akan ku rebahkan matahari
Menjadi laut malam mu
Menghirup sakar madu mu

Kekasih...
Hitunglah mimpi
Yang membunuh realiti
Dari syurga illusi

Tuesday, April 22, 2014

Wednesday, April 9, 2014

Yang sebenarnya kita....

"Betapa pula sekiranya orang Islam sendiri secara terang-terangan melakukan amalan-amalan yang ditentang oleh agama? Tidakkah juga mereka dianggap sebagai menghina agama? Kita marah dan cepat melenting apabila seorang wakil rak­yat wanita Cina masuk ke surau dengan hanya memakai kebaya dan tidak menutup kepala. Betapa pula halnya dengan sekian ramai wanita Islam, termasuk dalam kalangan orang terkenal, yang tidak menutup aurat? Ada sesetengah daripada kita yang seolah-olah sengaja menolak kaedah kesopanan Islam dengan menggayakan pakaian yang mendedahkan aurat. Buka atas, buka bawah. Buka lengan, buka betis, tanpa sedikit pun rasa malu dan bersalah. Ini juga satu penghinaan terhadap agama."

(Petikan daripada tulisan Abdul Jalil Ali : 'Kita Semakin Sensitif Terhadap Agama' Ruangan Kolumnis Sinar Harian, 27 Jan 2011)

Penangan kemaruk cinta ; hendak gelak atau tumpang sedih?




‘Alina’ jelita rupanya jantan

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Asmah Rusman
Kuala Lumpur: “Saya tidak tahu nak kata apa apabila tahu wanita yang saya jatuh hati itu sebenarnya lelaki Afrika,” kata seorang lelaki yang kerugian lebih RM100,000 akibat terperangkap dalam sindiket cinta Internet atau ‘love scam’ didalangi warga Afrika.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, 28, berkata, dia kini hanya mampu menangis selain menyesali kebodohan diri gara-gara kemaruk cinta terhadap wanita bernama Alina yang dikenali menerusi kiriman e-mel pada Julai tahun lalu.

“Dia turut memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Saya membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan saya menyambut salam persahabatannya,” katanya, semalam.
Foto 
AZHAR menceritakan pengalamannya kepada wartawan.

Pada mulanya, Azhar yang juga seorang kakitangan awam sekadar mahu berkawan sebelum jatuh hati dengan cara wanita itu berkomunikasi dengannya selepas sebulan berkenalan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/09
Sumber : harian Metro 9 April 2014
Komen saya;
Saya tidak pasti hendak tumpang sedih atau hendak ketawa bergulingan. Cerita ini memang padat dengan unsur lelucun yang menggeletek. Bahana gila cinta.
Nasihat saya ; Jangan terdesak hendak bercinta, kerana cinta adakala merosakkan. Rosaknya kadangkala berbekas lama. Namun cinta jua keperluan manusia berjaya. Jadi, pandai-pandailah mencari dan menikmati cinta.

Macam-macam.

  • Bayi 9 bulan didakwa rancang pembunuhan  
  • Musa menangis ketika ibu jarinya dicelup ke dalam dakwat untuk 'menandatangani' bon jaminan.
1 / 1
ISLAMABAD -PAKISTAN. Seorang bayi lelaki berumur sembilan bulan di Pakistan didakwa oleh mahkamah atas kesalahan merancang pembunuhan, mengugut polis dan mencampuri urusan hal ehwal kerajaan.

Muhammad Musa Khan adalah salah seorang daripada lebih 30 individu berhadapan pertuduhan sama selepas satu serbuan menyasarkan pencuri gas dilakukan pihak berkuasa di bandar Lahore.

Bayi tersebut yang berada di pangkuan bapanya dilihat memegang botol susunya dan merengek sepanjang prosiding perbicaraan itu berlangsung.

Memetik laporan AP, mahkamah membenarkan Musa diikat jamin dan kes terbabit ditangguhkan sehingga 12 April ini.

Akhbar tempatan melaporkan, bapa bayi tersebut turut menafikan dakwaan mereka bertindak ganas dengan membaling batu ke arah pihak berkuasa sebaliknya, penduduk hanya mengadakan protes membantah kekurangan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

 Difahamkan, kes yang menarik perhatian antarabangsa itu juga mendapat perhatian Ketua Menteri Punjab, Muhammad Shahbaz Sharif apabila bertindak menuntut penjelasan penuh berhubung dakwaan tidak munasabah itu.

Susulan daripada itu, Sub Inspektor Kashif Ahmed dilaporkan digantung tugas kerana mendaftarkan kes terhadap bayi terbabit.


Manusia makin hilang waras hingga timbul komedi yang menyusahkan.
Sumber : Sinar Harian , 9 April 2014.

Thursday, April 3, 2014

Buntu

Demam hampir seminggu
jiwa tidak menentu
fikiran keliru
saya buntu...