Monday, September 24, 2012

Jauh

Teja makin menjauh
perlukah Megat terus mengejar...?
jika bahtera uzur berpagar...

Tuesday, September 18, 2012

Kisah yang terbelit

Plot cerita yang terbelit menjadikan lebih sulit. Ada watak yang sakit dalam kisah yang terselit di dinding hidup yang sempit.

Cerita sempit tentang masa

Berbicara soal masa, Al-Quran ada menyatakan manusia selalu kerugian kerana mengabaikan masa. Pendapat atau kata hikmah tersohor yang disogokkan kepada kita sedari kecil hingga kini "masa itu emas". Semua tahu masa teramat penting. Ada yang kata masa itu yang tersingkat dan terpanjang. Tersingkat adalah masa hadapan dan terpanjang adalah masa lepas.
Saya hargai masa yang diberikan kepada saya sebaik-baiknya. Saya nikmati dan hargai masa yang buatkan saya rasa bahagia ini walau pun masa depan masih belum pasti. Terima kasih kepada yang memberi ruang masa untuk saya nikmati masa-masa itu. Masa hadapan terpulang kepada yang berhak membuat keputusan. kalau pun bukan milik saya lagi, sekurang-kurangnya saya pernah diberi ruang untuk saya nikmati dan hargai. Semalam, saya lalui lagi masa hebat. Saya hargainya. Terima kasih.

Tuesday, September 11, 2012

Senyum...

Saya senyum sendiri. Saya tahu kenapa saya senyum walau tiada siapa tahu....atau mungkin ada yang buat-buat tidak tahu..?

Friday, May 11, 2012

Terbalik

Saya tidak faham, siang saya mengantuk, malam saya berjaga, saya tidak tidur...

Thursday, February 9, 2012

Aku Mahu Pulang

"Aku Mahu Pulang" Suatu ketika dahulu lagu ini sangat mendamaikan saya...tapi hari ini, lagu ini merembes air mata tatkala menyentuh telinga saya.

Friday, January 6, 2012

Ibu masa kini

Ibu yang 'baik' sentiasa menyokong
siap sedia bangkit menolong
walau anak tongong melolong
walau bicaranya kosong
lantas menzahir kasih yang ropong