Wednesday, April 9, 2014

Penangan kemaruk cinta ; hendak gelak atau tumpang sedih?




‘Alina’ jelita rupanya jantan

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Asmah Rusman
Kuala Lumpur: “Saya tidak tahu nak kata apa apabila tahu wanita yang saya jatuh hati itu sebenarnya lelaki Afrika,” kata seorang lelaki yang kerugian lebih RM100,000 akibat terperangkap dalam sindiket cinta Internet atau ‘love scam’ didalangi warga Afrika.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, 28, berkata, dia kini hanya mampu menangis selain menyesali kebodohan diri gara-gara kemaruk cinta terhadap wanita bernama Alina yang dikenali menerusi kiriman e-mel pada Julai tahun lalu.

“Dia turut memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Saya membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan saya menyambut salam persahabatannya,” katanya, semalam.
Foto 
AZHAR menceritakan pengalamannya kepada wartawan.

Pada mulanya, Azhar yang juga seorang kakitangan awam sekadar mahu berkawan sebelum jatuh hati dengan cara wanita itu berkomunikasi dengannya selepas sebulan berkenalan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/09
Sumber : harian Metro 9 April 2014
Komen saya;
Saya tidak pasti hendak tumpang sedih atau hendak ketawa bergulingan. Cerita ini memang padat dengan unsur lelucun yang menggeletek. Bahana gila cinta.
Nasihat saya ; Jangan terdesak hendak bercinta, kerana cinta adakala merosakkan. Rosaknya kadangkala berbekas lama. Namun cinta jua keperluan manusia berjaya. Jadi, pandai-pandailah mencari dan menikmati cinta.

2 comments:

  1. Ada 2 pilihan ketika bertemu cinta...

    'jatuh cinta' dan 'bangun cinta'.

    Mana satu pilihan qalbu?

    *******
    Pilihan yang pertama...sakit dan menyakitkan.

    Pilihan yang kedua...agar mahligai kasih idaman yang dibina menjadi istana, tinggi menggapai syurga...berbahagia di dunia sampai ke syurga.

    ©salimafillah

    ReplyDelete
  2. MenCINTAimu AYAH; diri ini memahami pengorbanan yang sesungguhnya.
    ©Terima Kasih AYAH.
    17 Zulhijjah 1435H

    ReplyDelete