Tuesday, September 18, 2012

Cerita sempit tentang masa

Berbicara soal masa, Al-Quran ada menyatakan manusia selalu kerugian kerana mengabaikan masa. Pendapat atau kata hikmah tersohor yang disogokkan kepada kita sedari kecil hingga kini "masa itu emas". Semua tahu masa teramat penting. Ada yang kata masa itu yang tersingkat dan terpanjang. Tersingkat adalah masa hadapan dan terpanjang adalah masa lepas.
Saya hargai masa yang diberikan kepada saya sebaik-baiknya. Saya nikmati dan hargai masa yang buatkan saya rasa bahagia ini walau pun masa depan masih belum pasti. Terima kasih kepada yang memberi ruang masa untuk saya nikmati masa-masa itu. Masa hadapan terpulang kepada yang berhak membuat keputusan. kalau pun bukan milik saya lagi, sekurang-kurangnya saya pernah diberi ruang untuk saya nikmati dan hargai. Semalam, saya lalui lagi masa hebat. Saya hargainya. Terima kasih.

1 comment:

  1. Demi MASA.
    Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.
    Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
    (103:1-3)

    ReplyDelete