Entah kenapa
kini seakan malas menulis
tenang seakan menipis
adakala nampak jelas, buat-buat tidak jelas
adakala tahu rabun, tidak mahu pakai kaca mata
Apa kala kita berada di tempat tinggi, biasanya kita rasa seronok. Pemandangan kelihatan indah, banyak benda kita dapat lihat.
Tapi ingat, jangan terlalu seronok. Banyak benda yang terlihat dek mata kita. Maka banyak benda yang akan dipersoalkan kelak.
Banyak yang kita nampak, banyak yang perlu kita jawab. Bukan sekadar mendepa dada dengan rasa bangga dan seronok.Moga yang berada di tempat tinggi, tidak gayat dan tidak lupa.
Bermusafir menyusur 2/3 malam, tersapa kenangan 'sekaki payung, secangkir kopi dan hujan senja' satu ketika dahulu. Seakan ada rindu bertamu, terpaksa biarkan ia berlalu.