Sunday, November 16, 2014

Catatan Satu Kisah

KETIGA

Sejak pertemuan lalu
Saya mula sentiasa rindu
Ingatkan Lyn setiap waktu
Akal tua saya walaupun kekadang kelu
Tetap teroka alasan untuk bertemu

Tadah syukur kepada Tuhan Yang Esa
Lyn tidak menolak saya pelawa
Kini putik kian dibaja

Masihkah Lyn ingat kita berdua
Beberapa barangan kita teroka
Belon, riben dan gelung rotan juga
Hari itu kita menyusur banyak masa bersama
Begitu juga bicara kita
Kian berbuah  mesra

Tuesday, November 11, 2014

Catatan Satu Kisah

KEDUA

Masihkah Lyn ingat di tempat yang sama
Kali ini saya cipta alasan untuk berjumpa
Kali ini tujuan berbeda
Dengan pertemuan yang pertama

Temankan saya yang saya pinta
Untuk membeli makanan kesihatan jika tidak silap saya
Kali ini kita lebih mesra

Monday, November 10, 2014

Catatan Satu Kisah

PERTAMA

Di sebuah kedai besar warna jingga
Saya menunggu di tingkat atas jauh sedikit dari tangga
Tanpa rancang awal saya pinta jumpa
Bertuah saya bila Lyn pantulkan ‘iya’
Barangkali kita punya waktu lapang sama

Saya duduk di bangku
Tidak pesan apa-apa sambil menunggu
Menahan rasa gemuruh malu

Berbalas pesanan telefon di tangan
Seketika Lyn tiba dalam busana hitam
Lyn kata tidak mahu nampak tembam
Walhal BMI Lyn sepadan

Kita duduk berhadapan
Masih saya ingat walau saya segan
Saya pesan mi sepinggan
Lyn hanya minta teh o limau secawan
Tidak mahu makan kerana jaga badan

Terpegun pesona saya akan kecantikan
Akan wajah manis tersenyum di hadapan
Saya agak terbatas bicara jika Lyn perasan
Melawan gelodak terpegun dalam segan

Kita hanya berbual lebih kurang
Selepas itu masing-masing pulang.

Sunday, November 9, 2014

Hari ini

Waktu ini, satu kisah yang begitu sarat di jiwaminda
Waktu ini, makin resah berkepuk segenap rasa
Tapi bagaimana hendak mula bicara cerita

Wednesday, November 5, 2014

Mengusir Kenangan













Ku usirmu kenangan pahit pedih
ku simpan kenangan terpilih

Ku usirmu kisah yang sakit
ku dampingi kisah yang tidak sulit

Ku usirmu cerita luka
ku jejak cerita kisah bahagia

Ku usirmu pemberi derita
ku lindung jaga pemberi bahagia.

Monday, November 3, 2014

........

Sepuluh tahun rasa ini hilang daripada diri
kebelakangan ini ia hadir kembali
ruang sekian waktu itu mula terisi
dan bunga tumbuh, mekar kian wangi
wangi rindu sedari pagi hingga dinihari
moga Tuhan berkati

Sunday, November 2, 2014

Suka

Rasa suka tapi malas hendak ketawa
biar mereka rasa biar padan muka
baru dua hari sudah mengada-ngada
orang sudah jauh di depan senyap dan senyum sahaja
melihat tiada tamadun gelagat mereka
biarlah depa, kita tidak rugi apa-apa