Sekitar tahun 1998, saya salah seorang peminat majalah komik Kartini. Garapan cerita dan seni kartun oleh Tembakau bisa mempesona jiwa remaja saya ketika itu. Satu kisah yang menarik. Ada kisah bersama kisah. Ketika itu, ada satu impian menggunung untuk digapai, genggam dan perlu usaha. Pelbagai garis rasa berselirat dalam kotak masa remaja saya. Waktu itu, keinginan terlalu membuak untuk kecapi apa yang orang lain ada. Jiwa diresapi rasa alam waktu itu. Lantas diri bermain dengan jiwa, rasa dan ingin yang menggunung dalam pencarian pelengkap hidup. Dan cerita berselirat mula tercatat. Walau akhirnya takdir catatkan hanya kosong hingga dewasa.
bersambung...
Wednesday, March 19, 2014
Wednesday, February 26, 2014
Memali ; Masihkah Kau Ingat
- Nov 19, 2013
- Muhammad Khalil Abdul Hadi

Hari ini genap 28 tahun berlakunya peristiwa berdarah Memali iaitu pada tanggal 19 November 1985.
Kebetulan pada hari Sabtu lepas saya digabungkan dengan sahabat karib saya Ustaz Islah Ibrahim di dalam satu forum, beliau ialah anak sulung kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood, individu yang menjadi sasaran dalam operasi oleh pihak keselamatan di Memali.
Beliau menceritakan pengalaman yang dilaluinya sendiri ketika berlakunya peristiwa itu sehingga menitiskan air mata, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Ayahnya yang merupakan seorang ulama lulusan ugama universiti terkemuka di Libya dan pernah menuntut di Mesir dan India.
Setelah kembalinya ke tanahair pernah bertugas di jabatan-jabatan ugama Islam di bawah kerajaan. Tetapi ilmunya tidak mengizinkannya untuk berdiam diri melihat ugama Islam dagang di kalangan penganutnya, beliau bangkit menegur dan menasihati kerajaan supaya kembali ke pangkal jalan.
Tindakannya ini dituduh sebagai pelampau, bersekongkol dengan pengganas Komunis, penganut ajaran sesat dan lain-lain lagi tuduhan jahat sehingga membawa kepada operasi berdarah Memali.
Dalam operasi itu As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood bersama-sama 13 orang lagi temannya mati dibunuh oleh anggota keselamatan kerana dituduh mengancam keselamatan negara. Kampung Memali yang damai bertukar menjadi medan perang, anggota-anggota keselamatan yang lengkap bersenjata dan disokong oleh kereta-kereta perisai berdepan dengan orang kampung yang kebingungan tidak tahu apa yang sedang berlaku.
Adakah orang yang hanya 'bersenjatakan' lidah menegur dan menasihati kerajaan dianggap mengancam keselamatan negara?
Inilah melampau namanya!
Kenapa pihak keselamatan negara boleh berunding dengan penceroboh Sulu yang mendarat di Sabah lengkap dengan senjata tetapi tidak diberikan hak yang sama kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk Kampung Memali?
Kenapa Ayah Pin yang jelas sesat dengan kerajaan langitnya masih lagi bebas dan tidak dikenakan apa-apa tindakan?
Kalaulah beliau betul-betul pengganas kenapa YDPA, Sultan Kedah mencemar duli menziarahi perkuburannya di Parit Panjang?
Kalaulah beliau betul-betul sesat kenapa Al-Marhum Tuan Guru Hj Yahya Junid mengisytiharkan beliau dan teman-temannya adalah syuhada'?
Kalau tidak syahid dunia dan akhirat paling kurang syahid akhirat kerana mati mempertahankan nyawa, keluarga dan kampungnya daripada penceroboh. Bukankah Nabi s.a.w. pernah menyebut di dalam satu hadis yang mafhumnya; barang siapa yang mati kerana mempertahankan nyawanya maka dia adalah syahid.
Peristiwa ini kekal menjadi titik hitam sejarah negara yang tidak boleh dipadamkan. Walaupun 28 tahun sudah berlalu keadilan kepada mangsa-mangsa peristiwa Memali dan keluarga mereka masih lagi belum dilunaskan.
Di akhir pertemuan saya dengan Ustaz Islah saya terkedu apabila mendengar kata-kata beliau dengan teresak-esak menyebut; walaupun di atas dunia ini mereka yang bertanggungjawab boleh terlepas tetapi tunggulah perbicaraan di hadapan Allah Tuhan yang Maha Besar di Padang Mahsyar kelak.
"Dan jangan sekali-kali kamu menyangka Allah leka terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnnya kami lambatkan mereka sehinggalah kepada hari terbeliak mata-mata (kerana melihat azab Allah di hadapan mereka)." (Surah Ibrahim: 42)
### Sekadar saya salin dan lampirkan di sini ###
Saturday, February 22, 2014
PESAN MAK CIK SAYA
Malam saya tidak tidur
saya berjaga masa orang berdengkur
bukan bertafakur atau ke dapur
sekadar melawan monitor yang kabur
Satu pagi mak cik saya menegur
pada ruang pesanan facebook terpapar luhur

Pesan mak cik saya;
"Kalau hendak tidur, tidurlah mata
usah dikenang orang yang jauh
asal benang daripada kapas
daripada kapas dibuat kain
barang yang lepas usahlah dikenang
sudah jadi milik orang lain"
Monday, February 17, 2014
Thursday, February 6, 2014
Dilarang pakai tudung di sekolah?
Penulis : Muhammad Daud
6 Februari 2014
SEORANG jiran menghantar satu maklumat yang mengejutkan melalui
WhatsApp kepada saya dengan mempersoalkan tindakan pihak sekolah
melarang murid-muridnya memakai tudung.
Setelah membaca hingga akhir, barulah saya tahu bahawa tudung yang terlarang ialah tudung saji, tudung periuk, tudung botol dan tudung cat.
Gurauan tadi membuatkan saya berfikir untuk menulis isu yang berkaitan contoh di atas iaitu perluasan makna.
Perluasan makna didefinisikan oleh Abdul Chaer dalam bukunya Linguistik Umum ialah suatu gejala yang terjadi pada sesuatu perkataan yang pada mulanya hanya memiliki satu makna, tetapi kemudian kerana beberapa faktor perkataan itu memiliki makna-makna yang lain.
Selain tudung, banyak lagi contoh lain yang membuktikan konsep perluasan makna dalam bahasa Melayu.
Perkataan abang misalnya, pada mulanya hanya digunakan untuk merujuk adik-beradik lelaki yang lebih tua tetapi turut digunakan oleh sesetengah isteri untuk memanggil suaminya.
Hal ini demikian kerana telah berlaku perubahan dari segi sosial budaya masyarakat. Pasangan yang dikahwinkan atas pilihan keluarga ini malu-malu apabila berbahasa dengan pasangannya.
Jika anak sulungnya bernama Nariza, suami dan isteri hanya memanggil “emak Nariza” atau “ayah Nariza” kepada pasangannya.
Masyarakat tradisional Kelantan juga lebih tebal perasaan malunya apabila hanya memanggil “emakmu” dan “ayahmu” kepada pasangannya.
Masyarakat sekarang telah berubah sosial dan budayanya kerana perkahwinan berlaku selepas percintaan yang agak lama sehingga mereka tidak kekok untuk menggunakan perkataan abang bagi memanggil suaminya walaupun pada asalnya abang hanya untuk adik-beradik yang lebih tua.
Perkataan belayar yang pada mulanya digunakan untuk menunjukkan perbuatan meredah lautan dengan menggunakan kapal yang ada layar tetapi kini telah digunakan untuk sebarang perbuatan meredah lautan tidak kira dengan menggunakan layar atau tidak.
Perkembangan teknologi menyebabkan terciptanya pengangkutan laut yang lebih canggih untuk meredah lautan. Istilah belayar tetap digunakan walaupun konsepnya sudah berubah.
Contoh-contoh lain perluasan makna ialah bapa, saudara, putera, puteri, awak, pantau, kawat, kepala, kemudi dan sebagainya.
Kita selalu mendengar ada orang memesan maggi goreng atau maggi rebus, tetapi mi segera yang dihidangkan tidak semestinya berjenama Maggi.
Maggi pada asalnya digunakan untuk mi segera berjenama Maggi tetapi kini semua mi segera difahami sebagai maggi.
Begitu juga dengan ikan sardin yang merujuk sejenis ikan, tetapi kini semua jenis ikan termasuk ikan mackerel diistilahkan sebagai ikan sardin asalkan ditinkan.
Milo pula merujuk jenama sejenis minuman susu yang ditambahkan dengan coklat dan malt.
Nama Milo diambil daripada seorang atlet Yunani yang terkenal dengan kekuatannya iaitu Milo tetapi kebanyakan orang mengistilahkan milo untuk semua jenis minuman susu yang ditambahkan dengan coklat dan malt walaupun bukan daripada jenama Milo.
Ada juga dalam kalangan orang kita yang mengistilahkan colgate untuk semua jenis ubat gigi walaupun pada asalnya hanya digunakan untuk ubat gigi berjenama Colgate.
Perluasan makna juga berlaku kerana perubahan tanggapan dalam masyarakat apabila mempunyai tanggapan bahawa seseorang yang lebih tua daripada kita perlu dipanggil bapa sebagai tanda penghormatan manakala saudara boleh digunakan kepada seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah kerana masyarakat percaya bahawa umat Islam itu bersaudara.
Sebagai penutup bicara, dapatlah dikatakan bahawa aspek penggunaan bahasa Melayu amat menarik jikalau dibincangkan secara mendalam.
Namun pengguna bahasa Melayu perlu berhati-hati dalam menggunakannya agar tidak melakukan kesilapan dalam berbahasa.
Akhir kata “Cintailah Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa”.
Ruangan ini dikelolakan oleh DBP Wilayah Timur
*** Saya hanya copy and paste artikel daripada Sinar Harian untuk kita kongsi bersama ilmu ini ***

Monday, January 6, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)