Saya sudah merasa nikmat sebenar kecewa. Sangat sedap. Tidak pernah saya rasa sesedap ini sebelum ini.
Teringin juga saya ucapkan terima kasih kepada si pemurah yang memberi saya kecewa ini. TERIMA KASIH KERANA MEMATANG DAN MEMATAHKAN AKU.
Thursday, February 24, 2011
Sunday, February 20, 2011
Mantra-Dendam dan aniaya
Sedikit sinopsis tentang filem ini. Kisah tentang Muzir dan Ani yang hidup bahagia sebagai suami isteri. Dalam pada itu, Hasbi menyimpan perasaan terhadap Ani dan brusaha merampas Anidaripada Muzir. Hasbi yang juga pengamal ilmu hitam mengenakan sihir terhadap Muzir dan Ani serta memfitnah Muzir sehingga Muzir di cop seorang pengamal ilmu hitam dan dipenjarakan. Hasbi berjaya menakluki Ani. Selama 10 tahun Muzir dalam penjara, suara ghaib ilmu hitam menggoda Muzir menimbulkan dendam terhadap perbuatan Hasbi. Muzir akhirnya tewas dengan pujukan syaitan. Dia belajar dan mengamalkan ilmu hitam semasa di dalam penjara. Dengan ilmu hitam tersebut, Muzir dapat melolos keluar daripada penjara dan mengatur langkah menuntut kembali haknya daripada Hasbi. Hasbi berusaha mempertahankan diri dan 'hak' Muzir dengan ilmu hitamnya. Pertarungan mereka berakhir dengan kemusnahan kedua-duanya.
Timbul persoalan lain yang saya fikir cuba ditonjolkan dalam filem ini selain daripada kesalahan bersekongkol dengan syaitan. Kenapa perlu wujudnya orang seperti Hasbi, menakluk dan merampas hak orang lain dengan cara menganiaya. Menganiaya Muzir yang tidak bersalah untuk menakluk Ani. Kerana wujudnya orang seperti Hasbi yang mendorong wujudnya orang menjadi Muzir.
Orang yang tiada apa-apa akan terus teraniaya. Dendam jalan penyelesaian pembalasan bila akal kekontangan iman. TANPA DENDAM LEBIH MULIA. BIAR TUAN KITA YANG MENENTUKAN HUKUMAN DAN PEMBALASAN.
Thursday, February 10, 2011
Di mana Teja?
Megat, Masih Sempatkah Mengejar Teja
Jika berkesempatan, Megat
segeralah mengejar Teja
sebelum kau hilang segala
jejaknya masih jelas
kerana di situ ada cintamu.
Sebelum terlewat, kejarlah Megat
bayang Teja yang belum menjauh
kerana di dalam tubuhnya
berkapukan maruah lelakimu.
Tanda darah kita
(Petikan daripada Kumpulan Puisi Remaja Suluk Cinta , karya seorang sahabat, Saudara Ridzuan Harun. DBP 2008)
Aku tidak mampu menjejak Tejaku. Telah ku cuba mengejar Tejaku, telah ku cuba tawan kembali Tejaku, tapi Tejaku makin menjauh. Aku seakan sudah hilang jejak Tejaku. Biarlah aku berdiri di sini sahaja bersama bahteraku yang terkandas, menyimpan kejap kisah Teja yang tiada galang ganti. Kerana aku tidak sesekali melepaskan Teja. Biarlah Teja pergi jika itu kehendak Teja. Dan aku Megat, akan menunggu Teja di sini.
Jika berkesempatan, Megat
segeralah mengejar Teja
sebelum kau hilang segala
jejaknya masih jelas
kerana di situ ada cintamu.
Sebelum terlewat, kejarlah Megat
bayang Teja yang belum menjauh
kerana di dalam tubuhnya
berkapukan maruah lelakimu.
Tanda darah kita
(Petikan daripada Kumpulan Puisi Remaja Suluk Cinta , karya seorang sahabat, Saudara Ridzuan Harun. DBP 2008)
Aku tidak mampu menjejak Tejaku. Telah ku cuba mengejar Tejaku, telah ku cuba tawan kembali Tejaku, tapi Tejaku makin menjauh. Aku seakan sudah hilang jejak Tejaku. Biarlah aku berdiri di sini sahaja bersama bahteraku yang terkandas, menyimpan kejap kisah Teja yang tiada galang ganti. Kerana aku tidak sesekali melepaskan Teja. Biarlah Teja pergi jika itu kehendak Teja. Dan aku Megat, akan menunggu Teja di sini.
Monday, January 31, 2011
Parasit
Parasit tetap gah bermuka manis senyum menghisap peluh dan darah...siapa salah? membela parasit di pucuk segar...Ia tetap diangkat, diletakkan di situ, walau bahana menunggu....
Saturday, January 29, 2011
TV Kita Wajah Indon
Kita ini terlalu baik hati. Sampah mereka kita kutip dan gantung di dinding rumah hingga menyemak pandangan, meloya mata.
Di mana tempat 'potret' kita pada mereka? Adakah terpampang tergantung di dinding pondok mereka?
Baik berpada-pada....walau kita tidak jahat...
Di mana tempat 'potret' kita pada mereka? Adakah terpampang tergantung di dinding pondok mereka?
Baik berpada-pada....walau kita tidak jahat...
Masih murnikah???
Ia akan terus berada di tempatnya, tapi ertinya jika keasliannya di carik-carik?
Kebanggaannya di pijak oleh si pendek ilmu berlagak pahlawan...
Tiba di halaman bapak-bapak pejuang pengecut menunjuk keris tumpul, berpencak pondan, sudahnya tolong carikkan keasliannya....
...dimurnikan...masih murnikah jika tuan telah membuatkan ia sumbing?
Wednesday, January 26, 2011
Daripada Kolumnis Sinar Harian 26 Jan 2011
Interlok: Mencari Abdullah Hussain |
| oleh ELVIZA 1/26/2011 11:31:08 AM |
| Sekiranya kisah pelacur dalam novel Salina dan cerita si petani bukit, Lahuma, dalam Ranjau Sepanjang Jalan, telah membikin saya jatuh cinta dengan sastera Melayu, novel The Adventure of Huckleberry Finn pula, telah merintis jalan pembacaan saya dalam kesusasteraan kontemporari Amerika. Dalam novel yang mengisahkan perihal dua budak lelaki, Tom Sawyer dan Huckleberry Finn itu, perkataan ‘nigger’ telah digunakan tanpa had dan sempadan, dalam huraian kisah yang ditempatkan di tebing Sungai Mississippi itu. Perkataan ‘nigger’ yang dikira kurang ajar dalam peradaban moden hari ini, menjadikan novel itu didebat hebat dalam kalangan rakyat Amerika. Baru-baru ini, saya dapat berita, cetakan terbaru novel itu menukar terma ‘nigger’ kepada ‘slave’. Bagi saya, manusia ini aneh sekali. Perkataan ‘nigger’ dan ‘slave’ itu, walaupun berkaitan, tidak sama maknanya. Kenapa perlu diubah karya sebegitu hebat atas nama hipokrasi dan kerana ingin menjadi politically correct? Kenapa saya memilih berbicara soal novel tulisan Mark Twain itu, minggu ini? Sebenarnya, hati sedang menggelegak dengan sesetengah pihak sedang rakus mempolitikkan novel Interlok yang guna perkataan ‘paria’ dalam jalan cerita. Mereka yang paling kuat menyalak agar novel itu digugurkan sebagai teks sukatan pelajaran kebangsaan atau diharamkan terus, entahkan sudah membaca keseluruhan novel, atau tidak. Mengambil kira kenyataan mereka di dada media, saya ingat mereka ini belum pun habis membaca Buku Satu tentang keluarga Seman dalam Interlok itu. Pertama sekali, kita jangan jadi orang buta pengetahuan, perkataan ‘paria’ (seperti juga perkataan ‘nigger’) ada definisinya dalam kamus. Tidak payah saya menjadi burung belatuk mengulang maksud perkataan itu yang juga ada sejarahnya, ada susur galur dan asal terma-terma sebegitu digunakan dalam lenggok bahasa percakapan kita seharian. Kedua, Interlok itu genrenya fiksyen. Kalau sesiapa ingin mencari maklumat tentang sistem kasta atau asal perkataan ‘paria,’ sila cari rujukan sejarah, bukan fiksyen. Dalam fiksyen tidak semua perlu masuk akal atau disokong dengan fakta tepat. Anda fikir, bila J K Rowling menulis lalu menjadikan Harry Potter dan rakan-rakan sekolah beliau terbang atas penyapu ajaib itu, masuk akal? Mengharamkan Interlok, menggantikan perkataan ‘paria’ dengan sesuatu yang lain, hatta menarik teks itu dari sukatan pelajaran kebangsaan tidak akan mengubah apa-apa. Integrasi antara tiga kaum utama di negara ini pernah diduga dan telah melalui pelbagai cabaran melalui sistem pecah dan perintah. Kita jangan jadi Pak Pandir, perkara mengharamkan buku tidak akan dapat memadamkan sejarah, menyangkal hakikat atau menjadi cermin kepura-puraan bahawa perihal integrasi kaum di negara ini, kononnya molek-molek belaka. Sebaliknya ia akan menjadikan generasi di bawah kita menjauhi sejarah dan enggan mengambil iktibar dari apa pernah berlaku. Mereka tidak akan faham kenapa perkataan ‘paria’ itu dianggap taboo, tanpa mengetahui bagaimana terma itu boleh digunakan pada asalnya. Abdullah Hussain (Datuk) telah menegaskan bahawa, sebagai seorang penulis beliau bertanggungjawab untuk membentuk pemikiran masyarakat melalui karya-karya beliau. Abdullah berpendapat semangat muhibah antara kaum India, Cina dan Melayu ketika itulah telah membentuk Malaysia pada hari ini. Apa yang membuat saya tergelak besar ialah kenyataan Presiden MIC: “There is no consensus to say the book was in line with the 1Malaysia spirit. People should not be made to believe this. If so, we are in for a big setback.” Aduhai… Karya sastera yang ditulis pada 1971 juga perlu menurut konsep 1Malaysia, Datuk G Palanivel? Walau bagaimanapun, saya tidak kepingin untuk mengulas kelakuan sekumpulan manusia yang membakar naskhah-naskhah Interlok di hadapan Majlis Perbandaran Klang baru-baru ini, kerana saya enggan membuang masa mendidik orang jahil pengetahuan dan tidak tahu menghormati buku. Mereka ini saya anggap nyamuk semata, ilmu tiada, bunyinya pula bising dan selalu menyusahkan orang. Mungkin saya jahil dalam sudut politik dan penggunaan perkataan-perkataan sesuai. Mungkin juga saya menggunakan elemen emosi untuk membela karya-karya penulis tempatan dan antarabangsa. Tetapi tidakkah kita terfikir – hanya untuk seketika – karya itu hak mereka, idea mereka, dan pernah menjadi ‘kekasih’ mereka. Siapa kita untuk mengharamkan atau menukar apa-apa? Ukur baju di badan sendiri, duhai politikus bijaksana. Seperti pesan Pak Abdullah ketika diwawancara baru-baru ini: “Baca secara keseluruhan, baca kesemuanya, baca sampai habis.” • Elviza Michele Kamal juga seorang peguam dan pencinta seni. (hujahnya mengalir kebenaran... katanya isi perjuangan) |
Subscribe to:
Posts (Atom)

